Sunday, January 1, 2012

MAKANAN YANG HARAM, DOANYA TIDAK DITERIMA

 


    Rasulullah s.a.w. bersabda, ”ALLAH S.W.T. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya. FirmanNya dalam al-Qur’an,




“Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mukminun : 51)

Di tempat lain ALLAH S.W.T. berfirman,




"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."
(Surah al-Baqarah : 172)




    Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh (doa seorang musafir adalah makbul). Dengan rambut yang kusut masai, pakaian yang berdebu-debu (kerana kesusahan) lalu mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata, “Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.” Tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan yang haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” [Jam’ul Fawaid]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...