Monday, April 5, 2010

KATA-KATA HIKMAH

1.  Harta itu cantik pada zahir, sederhana pada batin dan tidak mengharapkan apa yang ada di tangan orang lain.

2.  Meskipun pujian tidak mengenyangkan, tetapi manusia selalu menyukainya. Meskipun celaan tidak merugikan, tetapi manusia selalu membencinya.

3.  Seluruh manusia itu mati, kecuali orang yang berilmu pengetahuan. Semua orang yang berpengetahuan itu tidur, kecuali orang yang beramal. Semua orang yang beramal itu terpedaya kecuali orang yang ikhlas.

4.  Saya menjauhi seorang musuh, tetapi saya harus berbuat baik kepada orang yang memusuhi saya.

5.  Untuk mendapatkan bahagia, bongkarlah kekotoran dari dada supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang ada musang tidak akan dimasuki ayam.

6.  Kehidupan yang ditakutkan bukan hidup miskin, tetapi hidup yang diperhamba harta. Biar harta terjual asalkan budi jangan tergadai.

7.  Selemah-lemah manusia ialah orang yang lemah menyimpan rahsia. Sekuat-kuat manusia ialah orang yang kuat menahan nafsunya.

8.  Tidak akan tercapai apa yang diharapkan melainkan dengan susah payah, dan tidak akan sampai kepada kemuliaan melainkan dengan budi pekerti.

9.  Peliharalah lidah sewaktu berbicara kerana perkataan itu adalah seperti anak panah, apabila sudah terlepas dari busurnya sukar untuk kembali lagi.

10.  Orang pandai tanpa akhlak, ibarat orang yang berani tetapi tidak bersenjata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...