Sunday, December 4, 2011

HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

     Tidak ada dalam Islam hari yang dijadikan khusus sebagai hari cuti. Jika perlunya waktu untuk merehatkan minda dan tubuh badan, maka sebaiknya hari Jumaat menjadi pilihan dan bukannya hari Ahad.

     Sesungguhnya menjadikan hari Ahad sebagai hari cuti adalah mencontohi perbuatan kaum Nasrani. Sebenarnya kita telah diperintahkan untuk tidak mencontohi perbuatan mereka dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan kebiasaan dan adat mereka, khususnya yang berkaitan dengan sosial dan Agama.

     Menjadikan hari Ahad sebagai hari cuti, secara tidak langsung meninggikan agama mereka dan merendahkan agama Islam. Meskipun tidak bermaksud bagi uma Islam itu, tetapi sebenarnya tanpa kita sedari mereka telah berhasil menanamkan kebiasaan mereka kepada kita umat Islam.


 
   Sebaiknya umat Islam mengagungkan hari yang diagungkan oleh ALLAH S.W.T., menjadikannya sebagai hari raya bagi umat ini, sebagai tempat mereka berkumpul dan bertemu di satu tempat dengan penuh cinta dan kasih sayang sambil menunaikan perintah ALLAH S.W.T. iaitu ibadah salat.


     Maka lebih baik wahai saudara yang beragama Islam, jika engkau jadikan hari ini sebagai hari cutimu. Pada hari ini engkau cuci pakaian dan engkau bersihkan badanmu, lalu berhias dengan perhiasan seindah mungkin, lantas pergi ke masjid seawal mungkin agar engkau dapat tempat duduk di saf paling hadapan. Engkau telah mengetahui akan kelebihan pergi lebih awal ke masjid dan duduk di saf paling hadapan. Setelah selesai melaksanakan sembahyang Jumaat, engkau boleh bertebaran di muka bumi ini sesuka hatimu, untuk bekerja, mengunjungi saudara dan kawan, bermain di tempat yang halal atau bermain di rumahmu bersama anak-anak sambil memberikan mereka nasihat dan pelajaran hidup yang bermanfaat. Firman ALLAH S.W.T…


فَإِذَاقُضِيَتِ الصَّلَاةُفَانتَشِرُوافِيالْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهِ كَثِيرًالَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah anugerah ALLAH dan ingatlah ALLAH banyak-banyak supaya kamu beruntung.”
(Surah Al-Jumu’ah 10)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...