قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم
Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya
Ketika tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang mengerjakan ibadat wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk bersama mereka melaksanakan ibadah haji, bolehlah mengambil peluang untuk melakukan puasa hari Arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.
Hari Arafah adalah hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Semasa para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk mengerjakan ibadat wukuf, kita yang tidak berkesempatan bersama-sama dengan mereka untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya hanyalah setahun sekali, maka janganlah kita sia-siakan peluang yang diberikan oleh ALLAH SWT ini. Kita juga dianjurkan berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT pada hari ini.
Tarikh Hari Raya Aidiladha pada tahun 2011 jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Sabtu, 5 November 2011.
Namun demikian puasa pada hari Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jemaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut.
KELEBIHAN HARI ARAFAH.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka Jawab Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Di kaffarahkan (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang”
(HR Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata:
“Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah”
Hari Arafah adalah hari yang terbaik kerana Nabi s.a.w. bersabda:
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah S.W.T. membebaskan hambaNya pada hari tersebut dari neraka dari hari Arafah”
(HR Imam Muslim)
Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,Dan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah S.W.T. agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu:-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
TEGAHAN KEPADA JEMAAH HAJI BERPUASA PADA HARI ARAFAH.
Ditegah kepada para jemaah haji daripada berpuasa pada hari Arafah seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji yang berada di Arafah”
(Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majjah dan al-Hakim).
Maimunah isteri kepada Rasulullah s.a.w. menceritakan:
“Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari Arafah. Lalu ia (Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di padang Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya”
(Riwayat Imam Muslim)
No comments:
Post a Comment