Thursday, September 11, 2014

EPSON L1300 VS HP OFFICEJET 7500A VS HP OFFICEJET 7100


Sekarang dah sembilan bulan aku kerja. Part paling aku suka bila gunakan software AutoCAD. Benda ni sedikit sebanyak ada kaitan dengan bidang mekanikal dulu. Tapi jurukur ni banyak guna 2D. Rasanya tak pernah guna 3D. Kalau nak lukis pelan tanah atas permintaan client tu lebih gunakan AutoCAD. Jadi, apa kaitannya dengan dua printer kat atas tu kan? Okay lah. Printer-printer kat atas tu adalah printer yang aku guna untuk print pelan tanah. Pelan tanah akan print dalam kertas A3. Jadi, printer pun kena guna printer A3. Sekarang aku guna printer EPSON L1300. Dulu aku guna printer HP Officejet 7500A dan HP Officejet 7100.

HP Officejet 7100

Aku lebih suka guna printer Epson L1300 sebab ink dia murah, kualiti print dia sangat bagus dan proses printing juga cepat. Cuma printer ni tiada scanner. Alhamdulillah, printer ni menunjukkan prestasi yang memberangsangkan lagi setakat ni. Harap-harap berterusan. Berbalik kepada printer HP Officejet 7500A. Printer tak mahal sangat jika nak dibandingkan dengan pesaing-pesaing dia yang lain. Printer ni ALL-in-one maksudnya ada scanner, copy, print and fax. Tapi entah macam mana boleh rosak, call HP tanya pun tak boleh nak settle juga. Jadi sebab nak cepat buat kerja, terpaksalah cari printer lain dulu. Cari punya cari dapatlah printer sekarang ni EPSON L3100.

 Epson L3100

HP Officejet 7100 ni printer pertama aku guna sebelum HP Officejet 7500A. Printer ni untuk printing hitam putih. Jadi, bahagian warna dalam pelan tu terpaksalah aku buat manual. Kalau 30 keping nak kena warna, penat juga la tangan ni nak mewarna. Dah macam pertandingan mewarna dah. Itu baru satu pelan. Kalau kena 3 atau 4 pelan. Emmm.. Boleh tahan juga la.

HP Officejet 7500A

Walaupun printer HP Officejet 7100 ni jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan printer EPSON L3100 dan HP Officejet 7500A, tapi aku dapat siapkan kerja lain yang tertunggak sementara tunggu printing. Walaupun mahal printer yang aku perlu beli, tetapi aku dapat siapkan kerja dengan cepat. Mungkin ini pelaburan yang baik. Semoga kerja yang aku lakukan ni memberi pendapatan yang diberkati oleh Ilahi. Ameen.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...