Thursday, September 11, 2014

LAND SURVEYOR VS MECHANICAL ENGINEER


                      Land Surveyor                              Mechanical Engineer

    Setiap di antara kita semestinya inginkan kerja yang baik, dapat menjalani kehidupan yang baik dan mendapat keredhaan Ilahi dari setiap apa yang kita lakukan. Mencari kerja selepas penat lelah di university atau pust-pusat pengajian tinggi adalah cita-cita setiap graduan mahasiswa. Tidak kira apa keputusan sekalipun yang penting aku kerja. Kerja mungkin berbeza di antara kita tetapi tujuan hanyalah satu untuk membina kehidupan yang lebih baik. Jurukur adalah profession ayah dan aku graduan kejuruteraan mekanikal.


    My great father, sangat mengharapkan aku dapat teruskan tugas dia sebagai jurukur. Pada mulanya sangat berat kerana bidang kami sangat berbeza. Setelah berbincang dengan pensyarah, ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka lebih memilih untuk aku memenuhi permintaan ayahanda.

Alhamdulillah

    Selepas eman bulan, aku semakin boleh menerima apa yang aku lakukan sekarang.
Sebenarnya, aku dapat belajar banyak di sini. Apa yang kita belajar di university atau kolej dulu belum tentu menjadi punca rezeki kita. Sebenarnya, ramai mereka di luar sana menjana pendapatan yang berbeza dengan apa yang mereka belajar semasa di university atau kolej dulu. Ilmu perlu dituntut selagi kita hidup. Tidak kira dalam apa bidang sekalipun. Ilmu bukan penca rezeki, tetapi ilmulah yang membawa diri kita lebih dekat dengan Pencipta.



Semoga ilmu yang kita tuntut selama ini membawa kita lebih mengenali siapa pencipta kita Rabbul Jalil. InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...