9/9/2014, genap 57 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia pada 31 ogos 2014. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk taat dan patuh atas segala perintahnNya. Sempena bulan kemerdekaan kita, pertandingan menyemarakkan bulan kemerdekaan telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu. Jadi Kampung Air Sejuk, Setiu tidak melepaskan peluang untuk masuk bertanding. Gotong-royong telah dijalankan bersama penduduk kampung kami. Nikmat hidup berjiran sangat-sangat dapat dirasai di sini. Tidak kira tua atau muda, semua mengambil bahagian. Khidmat orang lama dan baru menampakkan keharmonian antara satu sama lain.
Penat lelah kami hilang dengan warna-warni kanak-kanak yang turut mengambil bahagian. Kemenangan dalam pertandingan bukanlah menjadi persoalan kepada kami kerana semangat yang timbul semasa usaha kami menceriakan kampung kami mengeratkan silaturrahim antara kami. Kaum hawa pula sibuk bergotong-royong menyediakan juadah untuk suami, rakan dan anak-anak. Kami seperti keluarga yang besar. Sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
Mengajar dan memberi tunjuk ajar tanpa mengenal batas usia. Aku sangat-sangat terharu dan kagum dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan terutama daripada orang lama di kampung. Musim buah durian memeriahkan lagi suasana. Mereka yang mempunyai dusun durian akan membawa ke tempat kami berkumpul dan kami makan bersama. Gelak tawa antara kami menghilangkan keletihan kami selama ini.
Syukur kepadaMu ya ALLAH. Segalanya datang daripadaMu. Engkau berkatilah kehidupan kami di dunia dan akhirat. Ameen..
No comments:
Post a Comment