Wednesday, September 17, 2014

INVESTOR, TRADER DAN SPECULATOR.

                Sebelum pergi lebih jauh, mari kita dengar apa hukum pelaburan saham. Dan ini pula kata Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman.



Sekarang ni banyak sangat pelaburan yang ada di Malaysia antaranya:
  1.  Saham
  2. Hartanah
  3. Emas dan perak
  4. Unit amanah
  5. Dsb..

                Aku hanya mampu menceritakan secara ringkas sahaja antara ketiga-tiga individu atau kelompok di atas. Pertama pelabur atau investor ni biasanya menggunakan pendekatan pelaburan nilai yang mana melabur dalam jangka masa yang panjang. Warren Buffet adalah seorang pelabur nilai yang paling berjaya yang mana kekayaan yang dihasilkan hanya dengan pelaburan sehingga menjadikan dia orang kedua terkaya di dunia. Pelabur nilai ini menganalisis saham menggunakan kaedah Fundamental Analysis (FA).

                Trader atau pedagang mengambil masa yang singkat untuk mengaut keuntungan kemungkinan dua minggu tak pun tiga bulan. Ianya dikenali sebagai pelaburan momentum. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menganalisis sesuatu saham dengan menggunakan analisis teknikal (TA).

Technical Analysis (TA)

                Spekulator ni pula mengaut keuntungan mungkin hanya dalam masa sehari atau seminggu. Para speculator selalunya mengkaji sesuatu saham itu dengan mendalam dan juga mampu membaca emosi pelabur dengan melihat pada Japan candlestick bar dan beberapa indicator-indicator lain.

Itu sahaja daripada aku. Aku juga sarankan kepada para pelabur yang baru untuk membaca lebih banyak buku-buku tentang pelaburan dan juga menyertai seminar-seminar saham yang dianjurkan samada oleh broker kita sendiri atau dari pelabur yang berpengalaman. Jangan kita melabur hanya pada desas-desus dari pihak luar. Ia tidak lebih seperti kita memperjudikan nasib kita. Seperti juga kita untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya, kita juga perlu menghabiskan 3 hingga 4 tahun ijazah dalam bidang tersebut.

Antara buku yang aku sarankan untuk dibaca bagi para pelabur baru:

Bijak Melabur 

Jutawan Saham

Rahsia Pelabur Jutawan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...