Nabi Sulaiman a.s. juga telah dikurniakan satu lagi mukjizat iaitu dapat menggunakan angin sebagai kenderaan untuk pergi ke suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Selain daripada itu dapat juga dijadikan kenderaan untuk mengawasi dan memeriksa kerajaan serta rakyatnya. Nabi Sulaiman a.s. tidak hanya terbatas untuk menjaga sekalian manusia malahan termasuklah binatang, jin, syaitan dan segala yang melata di permukaan bumi ini adalah menjadi rakyatnya yang patuh dan tunduk di bawah kekuasaannya.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari tatkala Nabi Sulaiman a.s. sedang menaiki angin untuk mengawasi kerajaannya, Nabi Sulaiman a.s. telah sampai ke negeri Askalan. Di situ baginda telah sampai ke sebuah lapangan luas yang penuh dengan semut-semut.
Friday, August 5, 2011
SUJUD TILAWAH
Disunatkan kepada orang yang membaca ayat sajdah atau mendengar orang membacanya serta dia berada dalam keadaan berwuduk, bersujud kepada ALLAH S.W.T. dengan sekali sujud, tanpa membaca tasyahud, salam dan mengucapkan dua kali takbir iaitu sekali ketika sujud dan sekali lagi ketika bangkit dari sujud
Ada juga yang mengatakan bertakbir sebanyak tiga kali. Pertama takbir ketika niat sujud dan ini dinamakan takbiratul ihram. Ketika itu disunatkan mengangkat kedua-dua tangan seperti dilakukan ketika hendak sembahyang. Takbir kedua ketika turun untuk sujud dan takbir ketiga ketika bangun daripada sujud.

Labels:
FIQH
Saturday, December 18, 2010
NABI SULAIMAN A.S. DENGAN SEEKOR SEMUT
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersembahyang dipinggir pantai. Tiba-tiba dihadapannya lalu seekor semut yang membawa kertas hijau. Nabi Sulaiman a.s.sangat kehairanan melihat tingkah laku semut itu. Kemudian semut itu melengking keras sekali. Selesai semut itu melengking, tidak lama kemudian dari dalam laut muncul seekor katak berenang menuju kearah semut. Katak itu menjemput semut yang berada dipinggir pantai. Lalu, semut telah naik ke atas punggung katak dan terus menyelam bersama. Beberapa saat kemudian terlihatlah semut muncul kembali dipermukaan air bersama-sama dengan katak itu lagi. Kejadian ini menambah keinginan Nabi Sulaiman a.s. untuk mengetahui perkara yang telah berlaku. Baginda a.s. bertanya , “Hai semut , kemarilah!” panggil Sulaiman a.s. “Baik ya Nabi Allah,” jawab sang semut, patuh.
“Cuba cerita kepadaku keadaanmu tadi”, perintah Nabi Sulaiman. Semut dengan rasa rendah hati lalu menceritakan keadaan dirinya tadi.
“Ya Nabi Allah,” semut mulai berbicara. “Sesungguhnya didasar laut sana ada sebuah batu besar sekali. Di dalam batu itu hiduplah bermacam-macam ulat. Ulat itulah yang selalu menjadi rezeki saya setiap hari. Kemudian di dalam laut itu pula, ALLAH S.W.T. menciptakan raja serupa katak. Katak itulah yang selalu patuh menjemput saya dua kali dalam laut.”

KISAH TELADAN
Saturday, November 27, 2010
GERHANA MATAHARI DAN GERHANA BULAN ADALAH TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T.
Telah berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah s.a.w. maka Baginda telah keluar dengan mengheret rida’nya sehingga ke masjid. Manusia telah datang berkumpul maka Baginda s.a.w. bersembahyang dengan mereka dua rakaat. Hilanglah gerhana matahari tersebut. Baginda s.a.w. telah bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) ALLAH S.W.T., sesungguhnya keduanya tidak gerhana akibat kematian seseorang dari kamu mahupun disebabkan kehidupannya. Jika berlaku yang sedemikian itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga gerhana itu lenyap dari kamu.”
Dalam riwayat yang lain:
“Tanda-tanda ini dihantar oleh ALLAH S.W.T. bukannya disebabkan kematian atau kehidupan (kelahiran) seseorang dari kamu tetapi ALLAH S.W.T. mahu mencampakkan ketakutan ke dalam hati hamba-hambaNya, apabila kamu melihat apa-apa dari yang sedemikian itu maka bersegeralah mengingati ALLAH S.W.T., doa dan istighafar.”

INDAHNYA ISLAM
Friday, September 10, 2010
KATA-KATA HIKMAH
1. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
2. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. ( Budiman ).
3. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
4. Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
5. Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

MUTIARA KATA
Subscribe to:
Posts (Atom)