Saturday, December 18, 2010

NABI SULAIMAN A.S. DENGAN SEEKOR SEMUT

  Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersembahyang dipinggir pantai. Tiba-tiba dihadapannya lalu seekor semut yang membawa kertas hijau. Nabi Sulaiman a.s.sangat kehairanan melihat tingkah laku semut itu. Kemudian semut itu melengking keras sekali. Selesai semut itu melengking, tidak lama kemudian dari dalam laut muncul seekor katak berenang menuju kearah semut. Katak itu menjemput semut yang berada dipinggir pantai. Lalu, semut telah naik ke atas punggung katak dan terus menyelam bersama. Beberapa saat kemudian terlihatlah semut muncul kembali dipermukaan air bersama-sama dengan katak itu lagi. Kejadian ini menambah keinginan Nabi Sulaiman a.s. untuk mengetahui perkara yang telah berlaku. Baginda a.s. bertanya , “Hai semut , kemarilah!” panggil Sulaiman a.s. “Baik ya Nabi Allah,” jawab sang semut, patuh.

  “Cuba cerita kepadaku keadaanmu tadi”, perintah Nabi Sulaiman. Semut dengan rasa rendah hati lalu menceritakan keadaan dirinya tadi.

  “Ya Nabi Allah,” semut mulai berbicara. “Sesungguhnya didasar laut sana ada sebuah batu besar sekali. Di dalam batu itu hiduplah bermacam-macam ulat. Ulat itulah yang selalu menjadi rezeki saya setiap hari. Kemudian di dalam laut itu pula, ALLAH S.W.T. menciptakan raja serupa katak. Katak itulah yang selalu patuh menjemput saya dua kali dalam laut.”

Saturday, November 27, 2010

GERHANA MATAHARI DAN GERHANA BULAN ADALAH TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T.

  Telah berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah s.a.w. maka Baginda telah keluar dengan mengheret rida’nya sehingga ke masjid. Manusia telah datang berkumpul maka Baginda s.a.w. bersembahyang dengan mereka dua rakaat. Hilanglah gerhana matahari tersebut. Baginda s.a.w. telah bersabda maksudnya:

   “Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) ALLAH S.W.T., sesungguhnya keduanya tidak gerhana akibat kematian seseorang dari kamu mahupun disebabkan kehidupannya. Jika berlaku yang sedemikian itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga gerhana itu lenyap dari kamu.”

Dalam riwayat yang lain:

   “Tanda-tanda ini dihantar oleh ALLAH S.W.T. bukannya disebabkan kematian atau kehidupan (kelahiran) seseorang dari kamu tetapi ALLAH S.W.T. mahu mencampakkan ketakutan ke dalam hati hamba-hambaNya, apabila kamu melihat apa-apa dari yang sedemikian itu maka bersegeralah mengingati ALLAH S.W.T., doa dan istighafar.”

Friday, September 10, 2010

KATA-KATA HIKMAH

1.  Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.   (Hamka).

2.  Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.   ( Budiman ).

3.  Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.    ( Hamka ).

4.  Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.    ( Umar Al-Khatab).

5.  Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.    ( Hamka).

Monday, April 5, 2010

KATA-KATA HIKMAH

1.  Harta itu cantik pada zahir, sederhana pada batin dan tidak mengharapkan apa yang ada di tangan orang lain.

2.  Meskipun pujian tidak mengenyangkan, tetapi manusia selalu menyukainya. Meskipun celaan tidak merugikan, tetapi manusia selalu membencinya.

3.  Seluruh manusia itu mati, kecuali orang yang berilmu pengetahuan. Semua orang yang berpengetahuan itu tidur, kecuali orang yang beramal. Semua orang yang beramal itu terpedaya kecuali orang yang ikhlas.

Thursday, April 1, 2010

MENARIK TENTANG PENCIPTAAN LALAT

      Nabi s.a.w. bersabda,"Apabila lalat jatuh di dalam bejana salah seorang kamu, maka tenggelamkanlah. Sesungguhnya di salah satu sayapnya terdapat penyakit dan yang lain ubat"

      Berdasarkan hadith Nabi s.a.w. ini, ilmuan eropah telah melakukan kajian terhadap lalat. Pada tahun 1871, dalam sebuah penelitian yang dilakukan oleh seorang profesor dari Jerman yang bernama Berifald dari Universiti Haal di Jerman. Ia menemukan bahawa lalat membawa sesuatu yang halus dari sejenis jamur yang dinamakan dengan Ambuzamuski dari kelompok Antarmufatrali. Jamur ini hidup di lapisan kelenjar yang berada di dalam tubuh lalat dalam bentuk ragi yang bulat, kemudian berbentuk persegi yang panjang. Jamur ini keluar dari dalam tubuh lalat melalui pernafasan atau kotoran. Hal ini, seperti rangkaian reproduksi pada jamur. Benih-benih jamur ini berkumpul di dalam kelenjar, sehingga memebentuk sesuatu kekuatan yang tertentu yang mungkin kelenjar ini dapat meledak dan benih-benih jamur keluar. ini kerana ada dorongan keluar, jarak jamur dari kelenjar tersebut boleh mencapai 3cm. Hal ini kerana ada ledakan dan dorongan dalam bentuk percikan.

      Sering ditemukan di sekitar lalat yang mati atau tempat yang ditinggalkannya terdapat benih-benih jamur. Pusat sel yang berbentuk persegi panjang, tempat keluarnya benih-benih jamur berada di sekitar bahagian tubuh terakhir lalat. Bahagian terakhir ini biasanya akan terangkat, hal ini untuk menjaga keseimbangan anggota tubuhnya dan mempersiapkan untuk terbang. Ledakan - sebagaimana yang disebutkan - berlaku setelah ada dorongan yang mengalir di dalam sel yang berbentuk persegi panjang hingga membentuk kekuatan yang tertentu. Ini, kadangkala menjadi sebab adanya setitik tambahan yang berada di sekitar sel persegi empat. Ketika berlakunya ledakan, keluarlah cairan dan benih-benih yang merupakan bahagian dari sa'itubalazim dari golongan jamur sebagaimana yang dikatakan oleh Prof. Langreun salah seorang ilmuan tentang ilmu jamur pada tahun 1945.

      Pada tahun 1947 telah dapat ditemukan anti bakteria, hal ini diusahakan oleh Araistein dan Cork dari Inggeris dan Roliyus dari Swis. Mereka menamakan jamur dengan Jafasin, jamur ini termasuk jamur yang telah disebutkan di atas. Jamur hidup di dalam tubuh lalat. Jamur ini merupakan anti bakteria yang dapat membunuh bermacam-macam virus. Di antaranya virus yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia dan virus yang menyebabkan penyakit perut dan typhus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...