Dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. apabila Baginda s.a.w. bersabda, “Seorang penghuni syurga akan datang kepada mu sekarang.” Tidak lama kemudian seorang Ansar datang, dari janggutnya berjatuhan titisan-titisan air wudhu’ dan dia memegang kasutnya dengan tangan kirinya. Pada hari yang kedua Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataannya. Sekali lagi orang Ansar yang sama datang dalam keadaan yang sama yang mana dia datang pada hari yang pertama. Pada hari yang ketiga Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama dan sahabat itu datang lagi dalam keadaan yang sama.
Showing posts with label KISAH TELADAN. Show all posts
Showing posts with label KISAH TELADAN. Show all posts
Monday, June 4, 2012
Monday, April 2, 2012
NIAT IKHLAS DALAM BERSEDEKAH
Di riwayatkan daripada Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. telah bersabda: Seorang lelaki (Bani Israel) telah berkata di dalam hatinya, “Aku akan bersedekah (pada malam ini secara rahsia)”. Maka, pada malam itu dia telah membawa harta sedekah itu dan tanpa di sedarinya dia telah menyerahkannya ke tangan seorang pencuri. Paginya telah tersebar berita di kalangan orang ramai bahawa seorang pencuri telah diberi sedekah. Orang yang bersedekah itu telah berkata: Ya ALLAH! Kepada Mu puji-pujian, (walaupun aku terlanjur bersedekah kepada pencuri, kerana sedekah itu jika tidak sampai ke tangan orang yang lebih jahat sekalipun, aku tidak boleh berbuat apa-apa.)
Labels:
KISAH TELADAN
Monday, February 20, 2012
HAJI YANG DITERIMA
Pada suatu musim haji, Abdullah bin Mubarak yang sedang menunaikan haji telah tertidur di Masjidil Haram. Ketika di dalam tidur, dia telah bermimpi dua orang malaikat turun ke bumi. Salah seorang daripadanya telah berkata:
“Berapakah bilangan orang yang menunaikan haji tahun ini?”
“Enam ratus ribu”, jawab temannya.
Dia bertanya lagi:
“Berapa pula yang diterima?”
Temannya menjawab:
“Tiada seorang yang haji mereka diterima. Namun ada seorang yang tidak dapat menunaikan fardhu haji tetapi diterima hajinya, sehingga semua orang yang menunaikan haji pada tahun ini diterima disebabkan berkat hajinya. Dia adalah Muwaffaq seorang tukang kasut yang tinggal di Damsyik.”
Labels:
KISAH TELADAN
Friday, January 13, 2012
HAZRAT ABU BAKAR R.A. MEWAKAFKAN KEBUN BELIAU KERANA KETELITIANNYA
Ibnu Sirin rah. meriwayatkan bahawa apabila Hazrat Abu Bakar r.a. hampir meninggal dunia, beliau telah berkata kepada Hazrat ‘Aishah r.anha, “Hatiku tidak ingin mengambil apa-apa dari Baitul-mal, tetapi Hazrat ‘Umar r.a. tidak membenarkan daku kerana takut menyusahkan daku. Lagi pun kesibukan perniagaanku akan merugikan orang Islam yang lain. Dengan sebab itu aku terpaksa menerima pemberian itu. Selepas kematianku, serahkanlah kebunku itu (yang berada di sekian tempat) kepada Baitul-mal sebagai ganti.”
Apabila Hazrat Abu Bakar r.a. meninggal dunia, Hazrat ‘Aishah r.anha telah mengutuskan seorang utusan kepada Hazrat ‘Umar r.a. untuk menyerahkan kebun itu sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh bapanya. Hazrat ‘Umar r.a. berkata, “Semoga ALLAH S.W.T. merahmati bapamu, beliau tidak memberi peluang kepada sesiapa pun untuk memperkatakan sesuatu tentang dirinya.” [Kitabul-Anwal] Mari kita renungi bersama, banyak mana sangatlah jumlah yang telah diambil oleh Hazrat Abu Bakar r.a.? Dalam menggunakan jumlah yang diambilnya itu pun, masih lagi berhati-hati sedaya mungkin. Apabila isterinya bersusah-payah menahan keinginan demi mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli sedikit manisan, wang itu dikembalikan ke Baitul-mal dan wang saraannya dipotong sebanyak yang telah disimpan oleh isteri beliau. Sungguhpun beliau telah mengambil kesemua tindakan di atas namun beliau masih menggantikan kesemua harta Baitul-mal yang telah digunakan oleh beliau.
Labels:
KISAH TELADAN
Sunday, January 1, 2012
MAKANAN YANG HARAM, DOANYA TIDAK DITERIMA
Rasulullah s.a.w. bersabda, ”ALLAH S.W.T. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya. FirmanNya dalam al-Qur’an,
“Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mukminun : 51)
Labels:
KISAH TELADAN
Friday, August 5, 2011
ANGIN SEBAGAI KENDERAAN
Nabi Sulaiman a.s. juga telah dikurniakan satu lagi mukjizat iaitu dapat menggunakan angin sebagai kenderaan untuk pergi ke suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Selain daripada itu dapat juga dijadikan kenderaan untuk mengawasi dan memeriksa kerajaan serta rakyatnya. Nabi Sulaiman a.s. tidak hanya terbatas untuk menjaga sekalian manusia malahan termasuklah binatang, jin, syaitan dan segala yang melata di permukaan bumi ini adalah menjadi rakyatnya yang patuh dan tunduk di bawah kekuasaannya.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari tatkala Nabi Sulaiman a.s. sedang menaiki angin untuk mengawasi kerajaannya, Nabi Sulaiman a.s. telah sampai ke negeri Askalan. Di situ baginda telah sampai ke sebuah lapangan luas yang penuh dengan semut-semut.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari tatkala Nabi Sulaiman a.s. sedang menaiki angin untuk mengawasi kerajaannya, Nabi Sulaiman a.s. telah sampai ke negeri Askalan. Di situ baginda telah sampai ke sebuah lapangan luas yang penuh dengan semut-semut.
Labels:
KISAH TELADAN
Saturday, December 18, 2010
NABI SULAIMAN A.S. DENGAN SEEKOR SEMUT
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersembahyang dipinggir pantai. Tiba-tiba dihadapannya lalu seekor semut yang membawa kertas hijau. Nabi Sulaiman a.s.sangat kehairanan melihat tingkah laku semut itu. Kemudian semut itu melengking keras sekali. Selesai semut itu melengking, tidak lama kemudian dari dalam laut muncul seekor katak berenang menuju kearah semut. Katak itu menjemput semut yang berada dipinggir pantai. Lalu, semut telah naik ke atas punggung katak dan terus menyelam bersama. Beberapa saat kemudian terlihatlah semut muncul kembali dipermukaan air bersama-sama dengan katak itu lagi. Kejadian ini menambah keinginan Nabi Sulaiman a.s. untuk mengetahui perkara yang telah berlaku. Baginda a.s. bertanya , “Hai semut , kemarilah!” panggil Sulaiman a.s. “Baik ya Nabi Allah,” jawab sang semut, patuh.
“Cuba cerita kepadaku keadaanmu tadi”, perintah Nabi Sulaiman. Semut dengan rasa rendah hati lalu menceritakan keadaan dirinya tadi.
“Ya Nabi Allah,” semut mulai berbicara. “Sesungguhnya didasar laut sana ada sebuah batu besar sekali. Di dalam batu itu hiduplah bermacam-macam ulat. Ulat itulah yang selalu menjadi rezeki saya setiap hari. Kemudian di dalam laut itu pula, ALLAH S.W.T. menciptakan raja serupa katak. Katak itulah yang selalu patuh menjemput saya dua kali dalam laut.”
“Cuba cerita kepadaku keadaanmu tadi”, perintah Nabi Sulaiman. Semut dengan rasa rendah hati lalu menceritakan keadaan dirinya tadi.
“Ya Nabi Allah,” semut mulai berbicara. “Sesungguhnya didasar laut sana ada sebuah batu besar sekali. Di dalam batu itu hiduplah bermacam-macam ulat. Ulat itulah yang selalu menjadi rezeki saya setiap hari. Kemudian di dalam laut itu pula, ALLAH S.W.T. menciptakan raja serupa katak. Katak itulah yang selalu patuh menjemput saya dua kali dalam laut.”
Labels:
KISAH TELADAN
Subscribe to:
Posts (Atom)



