Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts
Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

KATA-KATA HIKMAH

1. Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.

2. Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

3. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

4. Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.

5. Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

Friday, September 10, 2010

KATA-KATA HIKMAH

1.  Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.   (Hamka).

2.  Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.   ( Budiman ).

3.  Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.    ( Hamka ).

4.  Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.    ( Umar Al-Khatab).

5.  Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.    ( Hamka).

Monday, April 5, 2010

KATA-KATA HIKMAH

1.  Harta itu cantik pada zahir, sederhana pada batin dan tidak mengharapkan apa yang ada di tangan orang lain.

2.  Meskipun pujian tidak mengenyangkan, tetapi manusia selalu menyukainya. Meskipun celaan tidak merugikan, tetapi manusia selalu membencinya.

3.  Seluruh manusia itu mati, kecuali orang yang berilmu pengetahuan. Semua orang yang berpengetahuan itu tidur, kecuali orang yang beramal. Semua orang yang beramal itu terpedaya kecuali orang yang ikhlas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...