Tuesday, December 27, 2011

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT ALKOHOL


    Menurut jumhur ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie’i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t.

    Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
  (Surah al-Maidah ayat 90)

    Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu juga adalah najis. Oleh itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis hukumnya.
Bermaksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai, menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

Sunday, December 4, 2011

HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

     Tidak ada dalam Islam hari yang dijadikan khusus sebagai hari cuti. Jika perlunya waktu untuk merehatkan minda dan tubuh badan, maka sebaiknya hari Jumaat menjadi pilihan dan bukannya hari Ahad.

     Sesungguhnya menjadikan hari Ahad sebagai hari cuti adalah mencontohi perbuatan kaum Nasrani. Sebenarnya kita telah diperintahkan untuk tidak mencontohi perbuatan mereka dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan kebiasaan dan adat mereka, khususnya yang berkaitan dengan sosial dan Agama.

     Menjadikan hari Ahad sebagai hari cuti, secara tidak langsung meninggikan agama mereka dan merendahkan agama Islam. Meskipun tidak bermaksud bagi uma Islam itu, tetapi sebenarnya tanpa kita sedari mereka telah berhasil menanamkan kebiasaan mereka kepada kita umat Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...