Thursday, September 18, 2014

JUAL PHOTO DI DREAMSTIME


Sebenarnya banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan menjual foto secara online. Antaranya CanStock, 123RF, Dreamstime dan beberapa lagi. Aku memilih Dreamstime ni sebab dalam beberapa website yang aku bagitau kat atas tu hanya Dreamstime je yang respon dan terima tiga gambar daripada enam yang aku upload.

Dreamstime ni bagus sebab jika ada foto yang tak berapa okay, dia akan suggest untuk kita cuba edit gambar tu dengan lebih baik lagi kemudian cuba upload sekali lagi. So, selain kita dapat promosi foto, dapat juga serba sedikit belajar tentang kualiti foto yang baik.

Wednesday, September 17, 2014

INVESTOR, TRADER DAN SPECULATOR.

                Sebelum pergi lebih jauh, mari kita dengar apa hukum pelaburan saham. Dan ini pula kata Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman.


Saturday, September 13, 2014

CANON EOS 600D





Aku tak pandai sangat nak guna DSLR kamera. Tapi minat punya pasal selalu la searching pasal DSLR kamera ni. Bila tengok gambar-gambar dari professional, memang sangat menarik dan editing pun sangat bagus. Sambil-sambil tu cari juga la software photo editing yang bagus-bagus. Selalunya professional ni guna Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dengan Lightroom. Hasil sangat menarik.

Friday, September 12, 2014

ROTI TELUR + ROTI KOSONG + AIR SUAM

   


     Roti canai ni faveret aku. Selalu pagi-pagi sebelum start keje mesti pegi cari roti canai dulu. Sampai pak acuk (yang tebar roti canai tu la..) dah siapkan untuk aku dah. Satu roti telur + satu roti kosong. Sebelum ni aku order roti canai + nes panas. Tapi sejak dua menjak ni rasa kuat minum manis. Jadi sekarang ni aku order roti telur + roti kosong + air suam. Rasanya dah dekat sebulan dah aku order menu ni.

Thursday, September 11, 2014

LAND SURVEYOR VS MECHANICAL ENGINEER


                      Land Surveyor                              Mechanical Engineer

    Setiap di antara kita semestinya inginkan kerja yang baik, dapat menjalani kehidupan yang baik dan mendapat keredhaan Ilahi dari setiap apa yang kita lakukan. Mencari kerja selepas penat lelah di university atau pust-pusat pengajian tinggi adalah cita-cita setiap graduan mahasiswa. Tidak kira apa keputusan sekalipun yang penting aku kerja. Kerja mungkin berbeza di antara kita tetapi tujuan hanyalah satu untuk membina kehidupan yang lebih baik. Jurukur adalah profession ayah dan aku graduan kejuruteraan mekanikal.

EPSON L1300 VS HP OFFICEJET 7500A VS HP OFFICEJET 7100


Sekarang dah sembilan bulan aku kerja. Part paling aku suka bila gunakan software AutoCAD. Benda ni sedikit sebanyak ada kaitan dengan bidang mekanikal dulu. Tapi jurukur ni banyak guna 2D. Rasanya tak pernah guna 3D. Kalau nak lukis pelan tanah atas permintaan client tu lebih gunakan AutoCAD. Jadi, apa kaitannya dengan dua printer kat atas tu kan? Okay lah. Printer-printer kat atas tu adalah printer yang aku guna untuk print pelan tanah. Pelan tanah akan print dalam kertas A3. Jadi, printer pun kena guna printer A3. Sekarang aku guna printer EPSON L1300. Dulu aku guna printer HP Officejet 7500A dan HP Officejet 7100.

Wednesday, September 10, 2014

MARI KIBARKAN JALUR GEMILANG

Alhamdulillah..


9/9/2014, genap 57 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia pada 31 ogos 2014. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk taat dan patuh atas segala perintahnNya. Sempena bulan kemerdekaan kita, pertandingan menyemarakkan bulan kemerdekaan telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu. Jadi Kampung Air Sejuk, Setiu tidak melepaskan peluang untuk masuk bertanding. Gotong-royong telah dijalankan bersama penduduk kampung kami. Nikmat hidup berjiran sangat-sangat dapat dirasai di sini. Tidak kira tua atau muda, semua mengambil bahagian. Khidmat orang lama dan baru menampakkan keharmonian antara satu sama lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...