Saturday, November 27, 2010

GERHANA MATAHARI DAN GERHANA BULAN ADALAH TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T.

  Telah berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah s.a.w. maka Baginda telah keluar dengan mengheret rida’nya sehingga ke masjid. Manusia telah datang berkumpul maka Baginda s.a.w. bersembahyang dengan mereka dua rakaat. Hilanglah gerhana matahari tersebut. Baginda s.a.w. telah bersabda maksudnya:

   “Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) ALLAH S.W.T., sesungguhnya keduanya tidak gerhana akibat kematian seseorang dari kamu mahupun disebabkan kehidupannya. Jika berlaku yang sedemikian itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga gerhana itu lenyap dari kamu.”

Dalam riwayat yang lain:

   “Tanda-tanda ini dihantar oleh ALLAH S.W.T. bukannya disebabkan kematian atau kehidupan (kelahiran) seseorang dari kamu tetapi ALLAH S.W.T. mahu mencampakkan ketakutan ke dalam hati hamba-hambaNya, apabila kamu melihat apa-apa dari yang sedemikian itu maka bersegeralah mengingati ALLAH S.W.T., doa dan istighafar.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...