Friday, January 13, 2012

HAZRAT ABU BAKAR R.A. MEWAKAFKAN KEBUN BELIAU KERANA KETELITIANNYA



    Ibnu Sirin rah. meriwayatkan bahawa apabila Hazrat Abu Bakar r.a. hampir meninggal dunia, beliau telah berkata kepada Hazrat ‘Aishah r.anha, “Hatiku tidak ingin mengambil apa-apa dari Baitul-mal, tetapi Hazrat ‘Umar r.a. tidak membenarkan daku kerana takut menyusahkan daku. Lagi pun kesibukan perniagaanku akan merugikan orang Islam yang lain. Dengan sebab itu aku terpaksa menerima pemberian itu. Selepas kematianku, serahkanlah kebunku itu (yang berada di sekian tempat) kepada Baitul-mal sebagai ganti.”

    Apabila Hazrat Abu Bakar r.a. meninggal dunia, Hazrat ‘Aishah r.anha telah mengutuskan seorang utusan kepada Hazrat ‘Umar r.a. untuk menyerahkan kebun itu sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh bapanya. Hazrat ‘Umar r.a. berkata, “Semoga ALLAH S.W.T. merahmati bapamu, beliau tidak memberi peluang kepada sesiapa pun untuk memperkatakan sesuatu tentang dirinya.” [Kitabul-Anwal]

    Mari kita renungi bersama, banyak mana sangatlah jumlah yang telah diambil oleh Hazrat Abu Bakar r.a.? Dalam menggunakan jumlah yang diambilnya itu pun, masih lagi berhati-hati sedaya mungkin. Apabila isterinya bersusah-payah menahan keinginan demi mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli sedikit manisan, wang itu dikembalikan ke Baitul-mal dan wang saraannya dipotong sebanyak yang telah disimpan oleh isteri beliau. Sungguhpun beliau telah mengambil kesemua tindakan di atas namun beliau masih menggantikan kesemua harta Baitul-mal yang telah digunakan oleh beliau.

Sunday, January 1, 2012

MAKANAN YANG HARAM, DOANYA TIDAK DITERIMA

 


    Rasulullah s.a.w. bersabda, ”ALLAH S.W.T. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya. FirmanNya dalam al-Qur’an,




“Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mukminun : 51)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...