Showing posts with label FIQH. Show all posts
Showing posts with label FIQH. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

SOLAT MENGHORMATI WAKTU

Seseorang yang tidak mampu untuk berwuduk dan bertayyamum disebabkan tidak boleh mengguna air dan debu mengikut Mazhab Syafi'i wajib solat dalam keadaan tidak berwuduk. Wajib mengulangi solatnya. Melaksanakan fardhu solat dalam keadaan tersebut adalah darurah untuk menjaga kehormatan waktu solat atau dikenali sebagai Solat Menghormati Waktu.

Solat ini disebabkan wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi. Antaranya, tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu.

PENDAPAT MENGIKUT MAZHAB
Menurut jumhur ulama, seseorang wajib solat dan wajib mengulanginya mengikut mazhab Hanafi dan Syafi'i. Mazhab Hanbali menganggap tidak wajib mengulanginya. Sedangkan mazhab Maliki mengikut pendapat yang muktamad, solatnya gugur.

Friday, April 20, 2012

LARANGAN SEMBAHYANG KETIKA IMAM SEDANG BERKHUTBAH

    Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan di antara keempat-empat mazhab mengenai larangan sembahyang sunat ketika imam sedang berkhutbah. Oleh kerana majoriti Muslim di Malaysia mengikut pegangan mazhab Syafi’e, maka lebih baik untuk menitikberatkan hal ini mengikut pendapat Imam Syafi’e.


    Ulama-ulama Mazhab Syafi’e menyatakan permasalahan ini dalam dua pendapat yang berbeza:

  1. Larangan ini adalah larangan makruh tanzih. (Makruh tanzih ialah perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa).

  2. Larangan ini adalah larangan makruh tahrim (haram). Pendapat ini disepakati oleh jumhur ulama Hanafiyah.


    Manakala menurut pendapat ulama Malikiyah, larangan mengerjakan sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar adalah larangan makruh, manakala larangan sembahyang sunat ketika terbit dan terbenam matahari adalah haram kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang mencontohi para penyembah matahari. Begitu juga hukumnya melakukan sembahyang sunat ketika iqamat sembahyang wajib telah dikumandangkan dan ketika imam sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat.

Monday, March 19, 2012

SOLAT SUNAT ISTISQA

    Istisqa dalam bahasa Arab bermaksud minta dicurahkan manakala ulama fiqah mengertikannya dengan meminta dicurahkan air oleh ALLAH S.W.T. ketika kemarau panjang dan kesukaran air dengan mengerjakan sembahyang di tanah lapang atau berdoa di dalam masjid.



HUKUMNYA

    Melaksanakan sembahyang istisqa adalah sunat muakkad mengikut jumhur ulama fiqah. Nabi s.a.w. pernah melakukannya lebih dari sekali, begitu juga dengan para sahabat dan tabi’in dengan melakukan sembahyang atau dengan berdoa sahaja di masjid.


PELAKSANAANNYA

    Imam bersama jemaahnya digalakkan untuk keluar ke sebuah tanah lapang lalu melaksanakan sembahyang sebanyak dua rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan diikuti dengan mana-mana surah pada setiap rakaat. Bacaan boleh dengan suara yang kuat atau perlahan diikuti dengan berdoa kepada ALLAH S.W.T. agar diberikan air dan memohon agar kemarahan dan kemurkaan ALLAH S.W.T. dihilangkan dari hambaNYA.

Tuesday, December 27, 2011

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT ALKOHOL


    Menurut jumhur ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie’i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t.

    Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
  (Surah al-Maidah ayat 90)

    Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu juga adalah najis. Oleh itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis hukumnya.
Bermaksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai, menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

Thursday, November 17, 2011

IBADAH KORBAN




HUKUM MELAKUKAN KORBAN
1. Hukum melaksanakan korban adalah sunat muakkad bagi orang yang mampu mengikut jumhur ulama.
2. Korban disyariatkan pada tahun kedua hijrah.


HIKMAH KORBAN
1. Hikmah pensyariatannya adalah bentuk syukur kepada ALLAH S.W.T. atas banyak nikmat yang dianugerahkanNya.
2. Memberi perhatian dan penjagaan maslahat fakir miskin oleh orang kaya pada hari yang penuh keberkatan. Selain terdapat suatu bentuk penghidupan sunnah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s…

Friday, August 5, 2011

SUJUD TILAWAH

Disunatkan kepada orang yang membaca ayat sajdah atau mendengar orang membacanya serta dia berada dalam keadaan berwuduk, bersujud kepada ALLAH S.W.T. dengan sekali sujud, tanpa membaca tasyahud, salam dan mengucapkan dua kali takbir iaitu sekali ketika sujud dan sekali lagi ketika bangkit dari sujud

Ada juga yang mengatakan bertakbir sebanyak tiga kali. Pertama takbir ketika niat sujud dan ini dinamakan takbiratul ihram. Ketika itu disunatkan mengangkat kedua-dua tangan seperti dilakukan ketika hendak sembahyang. Takbir kedua ketika turun untuk sujud dan takbir ketiga ketika bangun daripada sujud.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...