Monday, April 2, 2012

NIAT IKHLAS DALAM BERSEDEKAH

    Di riwayatkan daripada Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. telah bersabda: Seorang lelaki (Bani Israel) telah berkata di dalam hatinya, “Aku akan bersedekah (pada malam ini secara rahsia)”. Maka, pada malam itu dia telah membawa harta sedekah itu dan tanpa di sedarinya dia telah menyerahkannya ke tangan seorang pencuri. Paginya telah tersebar berita di kalangan orang ramai bahawa seorang pencuri telah diberi sedekah. Orang yang bersedekah itu telah berkata: Ya ALLAH! Kepada Mu puji-pujian, (walaupun aku terlanjur bersedekah kepada pencuri, kerana sedekah itu jika tidak sampai ke tangan orang yang lebih jahat sekalipun, aku tidak boleh berbuat apa-apa.)

   

Kemudian dia berazam pula pada malam itu bahawa aku mesti bersedekah juga (kerana sedekah pertama tidak berhasil). Maka malam itu, dia membawa keluar harta sedekah dan tanpa disedarinya dia telah memberinya kepada seorang wanita pelacur. Paginya telah tersebar berita bahawa malam tadi, seorang wanita pelacur telah diberi sedekah. Orang itu berkata: Ya ALLAH! Segala pujian hanya untukMu. (Kerana harta aku ini tidak layak untuk diterima). Kemudian, dia berniat bahawa pada malam ini, aku mesti bersedekah. Maka pada malam itu, dia membawa harta sedekah nya dan telah meletakkannya di tangan seorang kaya. Darinya tersebar berita bahawa malam tadi, seorang kaya telah diberi sedekah. Orang yang memberi sedekah itu berkata: Ya ALLAH, atas pemberian kepada pencuri, wanita pelacur dan orang kaya ini segala pujian hanya untuk Mu. (Kerana harta aku sememangnya layak untuk diberi kepada orang-orang seperti ini sahaja).

    Dia telah bermimpi bahawa sedekahnya kepada ketiga-tiga orang itu telah ditakdirkan. Semoga pencuri itu bertaubat dari kebiasaannya mencuri. Semoga perempuan itu bertaubat daripada kerja jahatnya itu. Begitu juga kepada orang kaya, supaya dia mendapat pengajaran. Bagaimana dia juga akan menafkahkan harta nya yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T...

(Hadith Riwayat Bukhari)


    Sejauh mana kebaikan yang kita lakukan tidak ada nilai walaupun sedikit jika tiada keikhlasan dalam melakukannya. Bukan kebaikan yang menjadi tujuan utama, tetapi keikhlasan pada ALLAH S.W.T. yang perlu ada dalam setiap kebaikan. pernah ditanya kepada Baginda s.a.w. bagaimana untuk mendapatkan sifat ikhlas. Baginda s.a.w. bersabda lebih kurang maksudnya,"Ikhlas itu istiqamah". Apabila kebaikan diikuti dengan istiqamah, maka akan datang sifat ikhlas dalam melakukan kebaikan. Ulama mentafsirkan sifat ikhlas ini seperti seekor semut yang hitam di atas batu yang hitam di waktu malam yang gelap. Walaupun hakikatnya wujud semut itu tapi kita tidak mampu untuk melihatnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...