Aku tak pandai sangat nak guna DSLR kamera. Tapi minat punya pasal selalu la searching pasal DSLR kamera ni. Bila tengok gambar-gambar dari professional, memang sangat menarik dan editing pun sangat bagus. Sambil-sambil tu cari juga la software photo editing yang bagus-bagus. Selalunya professional ni guna Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dengan Lightroom. Hasil sangat menarik.
Saturday, September 13, 2014
Friday, September 12, 2014
ROTI TELUR + ROTI KOSONG + AIR SUAM
Roti canai ni faveret aku. Selalu pagi-pagi sebelum start keje mesti pegi cari roti canai dulu. Sampai pak acuk (yang tebar roti canai tu la..) dah siapkan untuk aku dah. Satu roti telur + satu roti kosong. Sebelum ni aku order roti canai + nes panas. Tapi sejak dua menjak ni rasa kuat minum manis. Jadi sekarang ni aku order roti telur + roti kosong + air suam. Rasanya dah dekat sebulan dah aku order menu ni.
Thursday, September 11, 2014
LAND SURVEYOR VS MECHANICAL ENGINEER
Land Surveyor Mechanical Engineer
Setiap di antara kita semestinya inginkan kerja yang baik, dapat menjalani kehidupan yang baik dan mendapat keredhaan Ilahi dari setiap apa yang kita lakukan. Mencari kerja selepas penat lelah di university atau pust-pusat pengajian tinggi adalah cita-cita setiap graduan mahasiswa. Tidak kira apa keputusan sekalipun yang penting aku kerja. Kerja mungkin berbeza di antara kita tetapi tujuan hanyalah satu untuk membina kehidupan yang lebih baik. Jurukur adalah profession ayah dan aku graduan kejuruteraan mekanikal.
EPSON L1300 VS HP OFFICEJET 7500A VS HP OFFICEJET 7100
Sekarang dah sembilan bulan aku kerja. Part paling aku suka bila gunakan software AutoCAD. Benda ni sedikit sebanyak ada kaitan dengan bidang mekanikal dulu. Tapi jurukur ni banyak guna 2D. Rasanya tak pernah guna 3D. Kalau nak lukis pelan tanah atas permintaan client tu lebih gunakan AutoCAD. Jadi, apa kaitannya dengan dua printer kat atas tu kan? Okay lah. Printer-printer kat atas tu adalah printer yang aku guna untuk print pelan tanah. Pelan tanah akan print dalam kertas A3. Jadi, printer pun kena guna printer A3. Sekarang aku guna printer EPSON L1300. Dulu aku guna printer HP Officejet 7500A dan HP Officejet 7100.
Wednesday, September 10, 2014
MARI KIBARKAN JALUR GEMILANG
Alhamdulillah..
9/9/2014, genap 57 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia pada 31 ogos 2014. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk taat dan patuh atas segala perintahnNya. Sempena bulan kemerdekaan kita, pertandingan menyemarakkan bulan kemerdekaan telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu. Jadi Kampung Air Sejuk, Setiu tidak melepaskan peluang untuk masuk bertanding. Gotong-royong telah dijalankan bersama penduduk kampung kami. Nikmat hidup berjiran sangat-sangat dapat dirasai di sini. Tidak kira tua atau muda, semua mengambil bahagian. Khidmat orang lama dan baru menampakkan keharmonian antara satu sama lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)



